Undang-Undang Pelik dan Lucu Di Amerika
Saturday, March 19, 2011 11:51 PM ?
- Di Florida, memakai pakaian renang sambil menyanyi di tempat awam adalah melanggar umdang-undang.
- Wanita Florida juga termasuk pemilik salon kecantikan boleh didendasekiranya tertidur ketika menggunakan pengering rambut.
- Hukuman bagi pencuri kuda di Florida adalah gantung sampai mati.
- Rakyat Florida juga tidak dibenarkan kentut di tempat awam selepas pukul 6 petang pada hari Khamis.
- Di Georgia, pemilik kedai pakaian hanya dibenarkan menukar pakaian pada patung hiasan selepas langsir diturunkan.
- Di Georgia juga, individu dilarang membawa kon aiskrim di poket belakang seluar pada hari Ahad.
- Di Quitman, ayam dilarang melintas jalan raya.
- Di Chicago, seseorang dilarang memancing ketika memakai baju tidur.
- Di Kentucky, seseorang boleh ditangkap jika tidak mandi dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.
- Di Illinois, haiwan peliharaan boleh dipenjarakan. Itulah yang terjadi kepada seekor monyet yang dihukum penjara lima hari kerana merokok!
- Di Lousiana, adalah menjadi kesalahan sekiranya perompak menembak kerani menggunakn pistol air.
- Di Minnesote, wanita yang menyamar sebagai santa claus boleh dipenjara 30 hari.
- Di Oklahoma, seseorang yang membuat muka hodoh kepada anjing boleh didenda atau dipenjara.
- Wanita di Vermont yang memakai gigi palsu mesti meminta kebenaran bertulis daripada suami mereka untuk berbuat demikian.
- Di Montana, perbuatan isteri yang membuka surat suami adalah jenayah.
- Di Nabraska, individu dilarang berkelah di tempat yang sama dalam tempoh sebulan.
P/S:: Diambil pada surat khabar UTUSAN MALAYSIA, SABTU, 19 MARCH 2011. XD